Bekas putih itu khas untuk aku,
dan juga kawan-kawan kuLetaknya di sisi nelayan kapal,
yang mukannya sudah hitam tidak getar menongkah arus laut dalam
Demi membaktikan aku pada manusia
Memisahkan aku dari lautan biru
Kawan-kawan aku
Warnanya merah, putih, hitam dan kuning sebaik aku
Meskipun miliki warna menarik, badan yg sihat
Namun entah mengapa tidak ramai yg membawa kami pulang
Mungkin hanya gemar melihat kami,melompat-lompat dalam bekas ini
Tuan aku berbaju putih,
Perasaannya senang tatkala ikan lakuTidak demikian pada aku, si ekor kuning
Terpaksa berpisah dengan kawanku si merah
Dia lakuKawan-kawan nya pun laku
Ada saja yg membawa mereka pulangKe rumah baru
Aku tidak jemu
Menunggu giliranku
Kerana makin ramai orang datang ke pasar biru
Melihat aku
Walaupun tidak membeliku
Tidak mengapalah itu
Aku terus menunggu
Satu hari nanti ada nasibku
Si mulut kuning menoleh padaku,tersenyum
Dia sudah laku
Cemburunya aku
Bilalah tiba nasibku
Ambillah aku
Aku ingin seperti kawan-kawanku
Adakah orang berhidung tinggi itu akan mengambilku?
Dia senyum pada aku!Warna bajunya pun kuning, seperti aku….Gembiranya aku!
By My Wife, Mastura Daud
All the photo was taken at Sharjah Fish Market. Thanks to Halim for bring me there.
1 comment:
kaler kuning ikan tu menawan sangat.so, mas reka sajak ni khas untuk tema photo ikan blog D.
love u! ;)
Ikan Kuning
Bekas putih itu khas untuk aku, dan juga kawan-kawan ku
Letaknya di sisi nelayan kapal, yang mukannya sudah hitam tidak getar menongkah arus laut dalam
Demi membaktikan aku pada manusia
Memisahkan aku dari lautan biru
Kawan-kawan aku
Warnanya merah, putih, hitam dan kuning sebaik aku
Meskipun miliki warna menarik, badan yg sihat
Namun entah mengapa tidak ramai yg membawa kami pulang
Mungkin hanya gemar melihat kami,
melompat-lompat dalam bekas ini
Tuan aku berbaju putih,
Perasaannya senang tatkala ikan laku
Tidak demikian pada aku, si ekor kuning
Terpaksa berpisah dengan kawanku si merah
Dia laku
Kawan-kawan nya pun laku
Ada saja yg membawa mereka pulang
Ke rumah baru
Aku tidak jemu
Menunggu giliranku
Kerana makin ramai orang datang ke pasar biru
Melihat aku
Walaupun tidak membeliku
Tidak mengapalah itu
Aku terus menunggu
Satu hari nanti ada nasibku
Si mulut kuning menoleh padaku, tersenyum.
Dia sudah laku
Cemburunya aku
Bilalah tiba nasibku
Ambillah aku
Aku ingin seperti kawan-kawanku
Adakah orang berhidung tinggi itu akan mengambilku?
Dia senyum pada aku!
Warna bajunya pun kuning, seperti aku….
Gembiranya aku!
Post a Comment