Wadi Al Beih, dalam Emirates Ras Al Khaimah, aku ke sana bersama, Mat Ju, Ori, dan Amir, perjalanan mengambil masa sejam setengah dari Dubai melalui Sharjah, Umm Al Queem, dan Ajman, kami menggunakan jalan pantai sepanjang perjalana ke Ras Al Khaimah. Dari Ras Al Khaimah agak sukar untuk mencari jalan ke Wadi ini kerana waktu kami tiba sekitar 12.00am sukar untuk kami melihat atau menanyakan orang sekeliling jalan untuk masuk ke wadi ini.
Alhamdulillah kami menemui jalan untuk ke Wadi Al Beih dengan bantuan GPS Amir. Agak jauh masuk kedalam perkampungan, empangan ladang kambing sehinggalah kami menemui satu 'check point' tentera UAE. Disitu kami di wajibkan untuk mendaftar diri bagi memasuki kawasan wadi, mungkin ini di atas alasan keselamatan.
Selepas itu kami debenarkan memasuki kawasan wadi, pertama kali aku memasuki kawasan wadi aku melihat betapa Maha Kuasa Nya Pencipta alam ini dengan bukit-bukit batu dikiri dan kanan yang amat besar, walau pun ketika itu waktu telah menunjukkan 1.00am gunung-gunung ini dapat 'dirasakan' kewujudanya!
Kami sepakat memilih satu tempat untuk dijadikan tapak perkemahan kami, tak jauh dari kem tentera tadi (juga atas faktor keselamatan). Kami BBQ di situ & bermalam (pekara ganjil berlaku pada mlm itu tapi biarlah ia menjadi pengalaman kami ber tiga (ori tidur di dalam Hummer dan tidak tahu apa yang terjadi didalam khemah)
Kesesokan harinya baru aku dapat melihat dengan jelas kegagahan gunung-gunung batu disekeliling kami ini. betapa agung nya ciptaan Illahi. kami terus meneroka kedalam wadi, penghujung kan kami bertemu dengan satu lagi kem tentera, tapi kali ini tentera Oman. kami tidak dibenarkan melepasi check point tentera Oman itu. Dikatakan ada tanah runtuh dihadapan. kami terpaksa berpatah balik.
Disepanjang perjalanan melungsuri wadi kami dapat menyaksikan perkampungan arab tradisional, rumah-rumah yang diperbuat daripada batu dan masih berpenghuni. aktiviti utama bagi penduduk di wadi ini adalah memelihara kambing. selain daripada itu keindahan wadi ini amat menakjubkan walaupun hanya batu batan yang ada. amat jarang aku berjumpa dengan pokok kayu.
Gambar yang aku sempat rakam diwadi ini masih menggunakan Compact camera (Canon IXY Digital 700) itu saja yang terbaik dapat aku rakam dengan camera ini. Wassalam
Camera: Canon IXY Digital 700
Location: Wadi Al Beih Ras Al Khaimah
Date: 26 Dec 2006
Time: Various

1 comment:
haa ni tempat ade antu tu kan...takut..siang ari ble pegi ar..
Post a Comment